Friday, 25 October 2013

JUST FOR U...MY IMAM... =))


LOVE ME……when i sip on your coffee or tea.
I only want to make sure it tastes just right for you.
(saya tak nak awak sakit perut)


LOVE ME…..when i “push” you to pray.
I want to be with you in Jannah (Paradise).
 (saya nak awak yang terakhir buat saya dunia akhirat..insyaAllah)


LOVE ME……when i ask you to play with the kids.
I did not “make” them on her own.
 (mereka milik kita bersama)


LOVE ME…….when i jealous.
Out of all the men i can have, but i chose you.
 (sebab saya tau awak yang terbaik)


LOVE ME…….when i has annoying little habits that drives you nuts. 
You have them too.
(kita saling melengkapi kan)



LOVE ME…….when my cooking is bad.
I’m tries.
 (saya cuba dan akan terus cuba)


LOVE ME…….when i looks disheveled in the morning.
I always groom myself up again.
(saya akan sentiasa cantik untuk awak)


LOVE ME……..when i asks to help with the kids homework.
I only want you to be part of the home.
(kita satu keluarga)


LOVE ME……..when i asks if i looks fat.
Your opinion counts, so just tell me that I’m beautiful.
(sebab saya hanya nak pandangan dari awak je..cantik dan buruk saya hanya untuk awak)


LOVE ME……..when me spends hours to get ready.
I only want to look best for you.
(saya tak nak awak malu bile kite keluar bersama)


 LOVE ME……when I look beautiful.
I’m yours.
(saya nak awak bangga bila org pandang saya)


LOVE ME……..when I buy you gifts you and you don’t like.
Just smile and tell me it’s what you’ve always wanted.
(saya tak pandai beli hadiah lelaki T_T)


LOVE ME…….when I have developed a bad habits.
You have all the time to help me change.
(saya tak sempurna tanpa awak untuk betulkan)


LOVE ME…….when I always cries for absolutely nothing.
Don’t ask, just tell me its going to be ok.
(saya memang kuat cengeng sebab hati saya lembut)


LOVE ME…….when I suffers from PMS.
Buy me chocolate, rub my feet and back and just always be my side until I got sleep. 
(saya hanya nak awak temankan saya kejap je)


LOVE ME……when I argue.
I only want to make things right for us. 
(saya tak nak awak tersilap langkah dear)

Monday, 21 October 2013

HOW TO MAKE IF UR PHONE MASUK AIR...????

How to make if ur phone masuk air....???


Assalamualaikum dan salam sejahtera(ala2 cikgu cikgi gitew)...arini rase nak share 1 perkara yg rase2 amat berguna jgk laa utk sume org...bg yg xtau haa ni kite nk bagitau...bagi yg dah tau tu xpe..leh wat2 xtau..hehe =p

Alamak.....!!! henpon masuk air..kena hujan tadi...coz naik motor besau...xde bumbung........(ok yg ni nak perli org tu sebenarnye) 


Ok relax..jgn panik..kite ikut langkah kat bawah ni..... 
↓↓↓ ↓↓↓ ↓↓↓ ↓↓↓ ↓↓↓ ↓↓↓ ↓↓↓ 


Langkah 1 :
● cepat-cepat bukak 'badan' ngn bateri henpon..leraikan satu persatu..bukak sim card dan memori card..jgn bukak gune screw driver dah la..

Langkah 2 : 
● Ambil tisu atau kain (seelok-eloknye tisu la) dan lap air di setiap inci henpon tersebut...lap betul-betul tau...

Langkah 3 :
● Amik plastik dan masukan beras (at least 1 cawan) ke dalam plastik tersebut..nak elok cikit gune plastik yg boleh tutup tu (lupe name ape)...masukan kesemua badan henpon termasuk bateri (kecuali memory card ngn sim card) ke dalam plastik berisi beras tersebut..kemudian ikat atau tutup dgn kemas..

Langkah 4 :
● Biarkan selama beberapa jam..at least semalaman...klu kes yg teruk mungkin amik masa sehari dua kot...pastu blh la try bukak tgk ok ke x...


# Beras boleh digantikan dgn kacang hijau atau bahan2 kering lain...(pernah try gune beras je)
# kalau yg xmenjadi tu maapla ye...at least kite mencuba sblm membazir duit beli baru..kan3 ^_<
# Selamat Mencuba ♥♡♥♡♥

Sunday, 13 October 2013

JOM KAWEN JOM KAWEN

Place : Shah Alam Convention Center (SACC)
Date : 10-13 October 2013


I really2 love to go for EXPO....suke sgt laa....any expo klu blh nak g...thats my perangai pelik...hehehe...

Last saturday dah plan ngn incik tunang nk g Expo JOM KAWEN kat SACC....disebabkan sabtu tu keje separuh hari so dapat g lepas balik keje la jawabnye....


JOM KAWEN...its a good Expo for people yg macam kami yg tengah mencari pakej untuk majlis bahagia kami nnt...yg bakal kawen la senang cite kan..hehehe...cume biase di mane2 Expo kite akan cube cari dan survey yg mane terbaik utk kita...yg penting tetapkan hati..tetapkan keputusan...ade yg berkenan sile book cepat2 dan terus keluar...takut nnt jumpe yg lg better mule rase nk bandingkan dan menyesal...no no no....



Setiap pasagan pasti nak yg terbaik utk majlis mereka nanti...begitu jgk sy...of course nak yg terbaik dan meriah...klu blh nk sume puji la ble g majlis kite tu nnt kan..haaa...hehehe...tp itulah.. should ukur baju di badan sendri..klu blh jgn over budget..jgn over high class...yg penting dahulukan yg wajib...ade budget lebih can do more...klu xde blh dicari but need more time..means mungkin perlu bekerja kuat cikit dan perlukan lebih masa....betul x kawan2...hehehe


So as a conclusion(dah macam karangan kan), dahulukan mane yg wajib...insyaAllah Allah S.W.T akan permudahkan jalan untuk insan yg ikhlas untuk ke arah-Nya....aminnn.... ^_^

Thursday, 10 October 2013

SADAKO 2...Weeeeeee~~~~

Place : TGV Cinema One Utama
Date : 10.10.2013

Yea2......dapat tiket free...cite SADAKO 2...pinjam ic adik g redeem tiket kat TGV CINEMA ONE UTAMA(OU) pas incik tunang dtg ofis wat suprise kunun.....xtahan ciap pakat baik lg ngn salesman salesgurl yg de kat showroom...hampeh tul...(padahal dlm hati suke giler..nk senyum smpai telingga rase..wat2 marah kunun npe dtg xgtau)...hahaha...

                            **********************

Naik je TGV atas tu de macam patung HANTU SADAKO...dah macam umah hantu gayenye....Xcted ajak cik abg tlg amik pic....tp ble g dkat je ngan patung tu terus naik blu roma...trus xjd..hahahaha....seram wooom...ttbe rase camtu...dah la malam jumaat...aiyoooo

                              ***********************

Cite tu ok laa...cume rase BOSAN cikit...hantu die ala2 JU ON laa..main rambut pjg ngn bju putih...byk suspens dsebabkan sound effectnye....tp dr turun naik jln cerita ala2 ok laa.....nak byk tgk dr celah jari sbb hantu die dtg tbe2...



#Yg nak g tgk tu blh la g tp pastikan anda xde sbrg pnyakit jantung ye....ahakssss....
#cam biase pas tgk cite2 horror ni mlm tu for sure tdo katil bawah laa...hahahaha ^_<

Monday, 7 October 2013

~ RAHSIA TARIKH LAHIR ~

NO 1

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
—-


Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


NO 2

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


NO 3

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


NO 4

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


NO 5

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


NO 6

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


NO 7

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


NO 8 

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.



NO 9

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Iyer Saya Rabun ^_<

Almost 6 years xtukar speck ni....dah lame sgt tuuu...sbb dh jarang pakai kan..smpai ble pakai org tnye 'awak rabun ke'..?hehe....
Sy mmg rabun ye..cume skrg ganti dgn 'mate palsu' #ACUVUECLEAR ni je...snng utk buat sebrg aktiviti dan yg pnting untuk KEYAKINAN  diri sndri...

Xlengkap gune MATA PALSU without #RE-NU..pencuci mata palsu yg sgt best..dah try byk PENCUCI MATA jenama lain tapi x SEBAGUS & SESERASI Re-nu ni...kalau x dulu mate asyik MERAH bcoz of cuaca dan habuk persekitaran...lepas tukar pakai Re-nu so far xpernah lg mate merah atau pedih...mmg best...de botol kecik sesuai utk g travel...xperlu ssh2 nk bwk yg BESAR GILER  tu kan..hehe...
2 things always in my bag...ahakss
^_<

#mypersonalthings#speckygurl

  
My speck yg dah berumur almost 6 years + my mate palsu + my pencuci mate

Sunday, 6 October 2013

RM 1 VS RM 100


Best betul cerita ni.
Penuh makna.
Jom sama-sama kita kongsi:

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Maka mereka pun berbual:  
Wang RM100 bertanya kepada RM1 ; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"         
RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."         
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"         
RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi;"Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?" RM100 menjawab; "Belum pernah"         
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

#Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua. ♥♥♥